CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones

Tuesday, October 27, 2009

Bosannya...

Salam kawan2. Sebenarnya hari ni tak ada topik la. Saja nak kasi update blog ni yang dah lama tak polish. Sekarang ni tengah kebosanan sebab bos belum masuk ofis lagi since semalam. Bos cuti semalam dan hari ni pun tak tentu dia masuk ofis ke tidak sebab dia attend conference. Bila dah bosan tu mulalah fikiran ni memikirkan macam-macam, seperti .....


- menunggu keputusan temuduga ke jawatan tetap, entah dapat tidak dan adakah masih bertapak di ofis yang sama. Kalau ada rezeki dapat jawatan tetap tapi persoalan lain pulak yang timbul ialah adakah masih di PHI atau ke jabatan lain. Sebabnya PHI tak ada vote untuk my position for this year. Semuanya disebabkan oleh kesilapan teknikal. Hanya aku dan teman seofis ku yang tahu kes ni. Dug dag dug dag...berdebar menantikan jawapannya.... penantian itu adalah suatu penyeksaan.....

- nak lose weight la. Akan memulakan cabaran untuk kuruskan badan tak lama lagi. Nak start kelas aerobik ni, nak pegi gym la.... harap-harap bukan hangat2 tahi ayam jer...huhu


Ok lah, ada banyak lagi yang bermain di kepala ni tapi saja tak nak share...hehehe... rasa macam nak nyanyi lagu Bosan, lagu Amy Search kalau tak silap....blablalalalalalala.....

Wednesday, October 14, 2009

Pose Raya

Salam. Hari ini 25 Syawal, jadi kita masih dalam bulan berhari raya lagi. Masih ramai lagi yang buat open house. Tiap-tiap weekend ada aje open house nak pergi. Boleh katakan every weekend pack agenda semata-mata pergi open house saudara-mara.
Juz to share pose raya me and my family masa balik beraya kat Ipoh baru-baru ni. Tarraaaaaa......

Gambar family ni tak cukup kuota sebab adik lelaki no. 3 tak ada, kali ni giliran dia beraya di rumah mertua di Kelantan. Belakang tu semua my younger brothers, dari kiri adik no.4, no. 2 & yg paling handsome baju purple tu yg bongsu, no. 5. Depan tu dari kiri is my sister in law, wife adik I no. 4, my mum, handsome boy Irfan & mamanya....

Gambar ni complete, whole family ada, my mum, besan my mum, brothers, sister in-laws, nieces & nephews. This shot was taken masa my brother Rizal & wife Nawi buat open house. Thats it for now.... biiiii

Wednesday, September 16, 2009

Balik Kampung

Balik kampung...hohoho...balik kampung....hohoho...balik kampung...hati girang....(lagu allahyarham Sudirman). Lagi 3 hari, kita akan menyambut Hari Raya dan seperti biasa tempat yang akan dituju mana lagi kampung lah.... As for myself, balik kampung kat Ipoh, tapi bukan kampung yang betul2 kampung punye, ni kampung kat bandar. Yes, my home sweet home at Rapat Setia, Ipoh, tempat ku dilahirkan dan membesar di sana. Kawan-kawan punya preparation balik kampung camne yek... kalau yang balik kampung pure tu mesti best kan. Tak pernah ku merasa beraya stail kampung.

Seperti biasa, bila dah balik kampung, kenalah kemas rumah. We alls adik-beradik akan gotong royong la, bersihkan serawang, cuci lantai dan sebagainye lah. Al-maklumlah, rumah kat kampung tu cuma tinggal adikku seorang yang masih bujang, so faham-fahamlah kadang-kadang rumah tu penuh habuk jer...hehe (jgn marah ye Fadil...). Dah selesai kemas rumah, kena tolong mama kat dapur pulak. Masakan wajib dia gulai ayam atau rendang ayam dan laksa.... lain-lain tu macam lemang, kuah sate tu beli je la. Nasi impit beli yang segera punya pastu rebus la sendiri.

Pagi raya pulak, lepas adik2 dah balik dari solat Raya dan sesi bermaafan, we all semua akan menziarahi kubur arwah abah, opah dan Ayah Lan (uncle) yang kebetulan di tempat yang sama. Lepas tu, baru pergi beraya ke rumah bapa saudara (Ayah Lah, Ayah Lob, Wan Salmah, Ayah Musa, semua ni adik-beradik arwah abah). Biasanya Raya pertama, family we alls akan beraya ke rumah adik-beradik sebelah my late father. Pastu 2nd raya dah balik KL sebab nak beraya ke rumah adik-beradik sebelah my mum pulak.

So, inilah routine beraya bila balik kampung. Kepada kawan-kawan semua, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin. Sape-sape yang drive balik kampung tu, hati-hati di jalanraya. Biar lambat asalkan selamat.... Salam.....

Tuesday, September 15, 2009

Duta Mamee...

Semalam adalah hari yang tak disangka-sangka. It all started bila company Mamee singgah ofis we alls nak promote Mamee Slurrp. We alls pun tak tau yang orang Mamee ni nak bawa duta-duta they all yang merupakan bintang2 AF7, Hafiz, Yazid & Isma. Kalau tau awal-awal, we all dah canangkan kat friends ye. Mula-mula Hafiz masuk office we all sebab nak bagi product Mamee. Eh, macam kenal je mamat nih....Hafiz rupanya. Apa lagi, sesi bergambar la. Nasib baik bos pun takde kat ofis. Quite a good looking boy Hafiz tu, cuma rambut dia je yang kembang setaman tu. Rasa cam nak gunting2 jer...huhu.
Next jumpa pulak Yazid & Isma. Me, Zura & Sukri (cameraman) sanggup turun ke kafeteria semata-mata nak jumpa they alls. Linda pulak tak dapat join sebab nak kena rushing ambik anak dia balik sekolah. Rugi la u Linda..... Alahai, terkejut tengok Isma, kecik je orangnye. Tak macam mak budak, macam anak dara jer. Tengok kat TV dulu, orangnye macam besar je tapi tak sangka she's sweet and slim.... wonder how she maintain her figure even with 5 kids...

So, these are some photos yang sempat snap dengan artis2 AF nih..... jom layannnn.........

Thursday, August 27, 2009

Konvokesyen

Tahniah adikku, Mohd Safwan kerana telah tamat pengajian di bidang Kejuruteraan Awam @ Universiti Sains Malaysia. So baru-baru ni, me and family pergi USM, Penang for his convocation. Just stayed for one nite in Penang. Not much activity coz our time was very limited. Just pergi Queensbay Mall which is near to our hotel and had dinner at Kenny Rogers Roasters kat sana. Then, landed at Toys R Us to look for Irfan's toy. Before that, had lunch at a restaurant called The Kapitan who served the best nasi beriyani in town ....




After the convocation ended, we had our family's photo taken at an express studio opened near the dewan. Bagus kan they all buat macam ni sebab family yang datang dari jauh then nak kena pergi cari kedai photo pulak satu hal. So ada studio express ni, terus je register, bayar dan ambik gambar. Bila gambar siap, they all akan deliver.


Nasi beriyani ayam gerenti sedap...

At the same time, our families got to know my brother's girlfriend for the first time. She's an Engineering second year student, same campus. She's quite a sweet girl la.... Oklah, whatever it is pastikan Safwan, you complete your master dulu k.... anyway proud of you brother....

Malasnyer....

Assalamulaikum....ketemu lagi di bulan puasa yang dah masuk hari ke-6 ni. Sejak berpuasa ni, lagi lah rasa malasnya nak update blog. Apatah lagi kerja ofis pun dah tak sesibuk dulu, feeling malas lagi lah membuak-buak ditambah pulak dengan rasa mengantuknyer dan boringnyer bila tak ada kerja. Apa nak buat ni.....

Macamana persiapan juadah untuk berbuka posa dan bersahur? Ala kadar je sebab cuma makan berdua je dengan ibuku. Lauk cukuplah dua atau tiga jenis aje dan kuih satu atau dua jenis. Kalau mama ku masak so I juz beli kuih saja. Kalau dia tak masak, lepas keluar ofis tu wajib la saya ke pasar ramadan untuk mencari lauk-pauk dan kuih sekali untuk berbuka. Cuma yang lain sikit kali ni, time berbuka tu dah tak minum ais. Kalau tahun2 dulu, first day posa je dah pegi beli air ais yang berlambak-lambak kat pasar ramadan tu. Boleh dikatakan dulu, mesti nak ada air yang berais & sejuk. Sebabnya, nak menjaga tekak takut batuk. Baru je baik dari batuk beberapa minggu before posa. Saya ni kalau dah batuk memang lambat dan susah nak baik. So kenalah jaga dan berpantang minum ais kejap... Time sahur pulak, panaskan lebihan lauk masa berbuka je dan kalau nak tambah sikit cuma goreng telur atau ikan masin je. Makan ikan masin panas2 sedaaap...nyam nyam..

Oklah, dah malas nak berceloteh... ketemu lagi di ruangan yg lain....salam...

Monday, August 10, 2009

Dah 4 Tahun dah....

Akhirnya, my little prince, Muhammad Irfan dah berumur 4 tahun pada 8 Ogos baru-baru ni. Sekejap je masa berlalu. Tup..tup..dah 4 tahun....alamak, mama dia lagi la terasa tua. Cucu kesayangan Tok Ma ni dapat beg Ben 10 yang di idam-idam kan for his birthday present from his Tok Ma. Memang sekarang si kecik ni tengah addicted to Ben 10, this cartoon character yang tengah famous sekarang nih. Dari baju, toys, jam tangan, pelampung dan entah apa kebenda lain lagi, banyak yang ber Ben 10 nih....

Mama dia pun layan je la....order birthday kek pun, bergambarkan Ben 10....hihihi... Birthday celebration dia, we just had a small gathering with his cousins and his uncle and aunty. Happy Birthday my love Irfan, semoga menjadi anak yang bijak dan soleh dan sentiasa menghormati orang tua. Amin..

Wednesday, August 5, 2009

Kupu-kupu

Baru-baru ni pegi kenduri kahwin relative kat Bandar Melawati. Yang kahwin ni relationship dia kiranye 2 pupu dgn I (pangantin lelaki), mak dia sepupu dgn my mum. Macam dah family kupu-kupu la plak..... Ramai la saudara mara yg dah lama tak jumpa pun jumpa balik. Meriah betul family we alls bila bergambar, dari nenek, mak-mak, bapak2 saudara, sepupu sepapat, anak-anak dan seangkatan dengannya semua pantang nampak kamera.

Boss...Boss...

Kawan-kawan...apa citer ni....dalam masa 2 tahun bekerja, aku bekerja dgn 3 orang boss. Pecah rekod babe selama bekerja berbelas-belas tahun ni. Sebenarnya, 2 orang boss dah berangkat meninggalkan ofis ni dan bos baru (ke3) bakal muncul dalam masa yang terdekat ni. Boss yang first one tu sebab kontrak dia dah tamat dan yang second one pulak dia mengundurkan diri terlebih dahulu (resign la tu) sebab nak concentrate full time kat fakulti dia. Nak salahkan sape ni....... sape yang tau faham2 sendiri la ye...
Bos yg kedua ni baru je tinggalkan ofis ni 31st July baru2 ni. So seperti biasa, geng2 PHI tak pernah lupa organise jamuan perpisahan utk bos ni dan kebetulan pulak pada hari yg sama adalah last day pegawai kekananan we alls tu..... so kira meraikan peninggalan dia la tu...... Kali ni we alls went for hi-tea. Geng-geng pejabat yg berjiran dgn we alls pun dijemput sekali. Ok la food dia, kena la dgn pricenya. Asalnya Cik Puan SU (setiausaha boss...tuanpunya blog la tu) dapat peluang yang calang2 punya utk menjadi MC majlis dan pegawai En. Haiqal akan berucap bagi pihak PHI. Entah apa yang silap, semua ni tak menjadi. Tak pe lah, kita hanya merancang.....
Anyway, thank you Prof for being a nice person & understanding boss. Sayonara 2 u.....

Tuesday, August 4, 2009

LOLLIPOP PUNYA PASAL

Berjumpa lagi di bulan Ogos ni. My first blog update of the month. Nak tau apa yang terjadi semalam, my little boy tertelan lollipop. Dah dekat lunch time, my mum phone katanya Irfan tertelan lollipop. Alkisahnya, si kecik tu tertelan lollipop yang sebiji bulat tu & tersekat kat tekak dia. My mum tried her very best to keluar kan gula lollipop tu dari mulut dia but failed, so I suruh my mum to take him to the nearest clinic. At the same time, mama dia ni pun terpaksa rushing balik.

Sampai je klinik, I tanya my mum si kecik tertelan batang lollipop sekali ke. My mum tak sure. Dah la pulak batang lollipop pun tak jumpa. Macam mana la agaknya kalau batang tu ditelan sekali, tak mungkin rasanya. Bila jumpa doktor, katanya pernafasan Irfan ok. Most probably kalau dia tertelan kayu lollipop tu, mungkin dah masuk ke perut. Kalau stuck dekat paru-paru, mesti susah nak bernafas. But the doctor's advise was to take him for x-ray at the hospital.

After the clinic, went home first. Nasib baik terjumpa batang lollipop tu. Finally, decided not to take him for the x-ray. Just took him to our panel clinic for further checkup. Nak check tekak dia sebab masa tertelan lollipop tu, dia muntah & keluar darah. Alhamdullilah, doktor said he is fine.

Fuuh, satu pengalaman yang buat orang panik jugak. Oh ye, lollipop tu bukan I beli untuk dia, he got it masa pergi my relative's wedding a day before. Biasa la, budak2 akan dapat segala macam sweets, jelly, lollipop la. Moral of the story, no more lollipop for you Irfan....huhu

Monday, July 20, 2009

Terkena

Hahahaha....bila terfikirkan balik pasal insiden yang nak diciterkan ni, rasa marah pun ada, kelakar pun ada.

Citernya terjadi semalam di Alamanda, Putrajaya. My mum nak pegi Carrefour so bawaklah dia dan si kecik Irfan tu. Bila nak balik, seperti biasa naik eskalator bergerak yang boleh tolak troli sekali tu sebab parking kat level 5. So bila dah naik eskalator tu, adalah family India kat depan we alls. Husband dia tolak troli yang sarat kat depan I, wife nye dan 2 orang anak keciknya kat depan dia. Tetiba eskalator tu berhenti la pulak. Pandang depan, pandang belakang, what happen. Rupa-rupanya salah sorang anak couple India yang di depan tu dah tekan button stop kat tepi eskalator tu. Nak kata Irfan tekan tak mungkin sebab we alls betul-betul kat tengah2 eskalator tu. Button tu ada kat hujung atas or hujung bawah eskalator. Mamat India ni macam blur2 pulak, dah la anak dia yang tekan button tu. Dia boleh suruh I pegi tekan balik button on. Mana ada button onn brother .... eskalator ni akan jalan bila security masukkan kunci. I pulak yang kena bagitau dia suruh gi cari security guard untuk hidupkan eskalator tu balik. Macamanana I tau ye, sebabnye pernah terkena pada diri sendiri sebab Irfan pun pernah tekan button stop tu...kah kah kah...malu beb....kelam kabut gi cari security guard. Ingatkan Irfan sorang je yang buat, rupanya ada jugak anak orang lain buat....hehehe. At last, tunggu security guard datang dekat 5 minit jugak la... sabar je la..

Sebenarnya, button stop kat eskalator tu memang menarik perhatian especially to small kids. Bila security guard datang nak onn eskalator tu, I siap bagitau dia pastikan semua button stop kat eskalator tu ada cover ye. Tak semua button stop kat situ ada cover, sesetengah tak ada, itu sebabnya senang nak tekan, budak2 suka la.

Kepada yang bawak anak-anak kecik tu, berhati-hati la bila naik eskalator tu.....

Hormat Menghormati

Salam semua. Kali ni nak berkongsi citer yang ku lihat di televisyen baru-baru ini. Mungkin kawan2 pun ada pernah tengok citer ni, tapi dia bukan cerita drama cuma iklan pendek mengenai masyarakat sekarang. Alkisahnya, sorang lelaki ni tengah memandu tetiba terlanggar sorang pakcik ni yang sedang berbasikal. Nasib baik dia cuma langgar sikit je, kira terlanggar belah tepi je dan pakcik ni pun terus la jatuh tergolek. Mamat yang langgar ni bukannya nak turun tolong tapi siap marah lagi pakcik tu. Lepas tu dia terus blah dari situ. Nasib la ada sorang hamba allah datang tolong angkat pakcik tu.


So next scene dlm citer tu, mamat ni pegi rumah awek dia. Awek dia yg cantik manis tu hidangkan air kat mamat ni happens to be her boyfriend. Kebetulan bapak awek dia pun balik rumah. So awek dia pun bangun pegi sambut bapak dia kat pintu yang terhencot-hencot jalan dgn kaki yang berdarah. Alamak...ni lah pakcik yang mamat tu terlanggar tadi. Terkejut mamat tu, rupa-rupanya bakal bapak mertua dia adalah pakcik yang dia langgar tadi dan tinggalkan je kat tepi jalan. Dengan malunya, dia pun bangun dan terus meminta maaf kat pakcik tu. Itulah citernye....The End..

Sebenarnya moral citer ni mengajar kita supaya menghormati orang tua tak kira di mana dan dalam apa kes sekali pun. Sesungguhnya hormat menghormati adalah satu amalan yang mulia dan kebaikannya akan sentiasa dikenang. So ingat-ingatlah ye.....

Monday, July 13, 2009

Kafe Baru

Alhamdulillah....baru lepas makan lunch kat kafe baru di bangunan ofis ni. Dah 2 minggu kafe ni buka, at last dapat jugak hari ni makan sizzling noodle yang di tunggu-tunggu. Citernya macam ni, first day kafe ni operate, tujuannya nak pegi beli kuih untuk buka puasa so pegi la dgn Ida. Bila terpandang ada menu sizzling noodle, terus terpahat dalam hati, ok esok aku nk makan sizzling noodle lah. Terus ajak Ida, jom kita try lunch kat kafe bawah esok. Next day, dgn excitednya nk makan sizzling noodle for lunch tapi takde la plak, katanya dapur tak siap lagi. So makan nasi campur je la.

Kafe baru ni di bawah pentadbiran Puri Pujangga, set up tempat dia not bad. Kira much much better dari kafe yang dulu. Tengok menu dia banyak choice, ada nasi ayam, mee rebus, mee kari & bermacam mee lagi, ada sizzling noodle, claypot pun ada, nasi campur, tomyam & beberapa jenis sup (macam nak promote la plak). Price pun boleh tahan la.

Yang tak best nye, bila kafe ni baru start business 2 minggu lepas, banyak makanan tak ada lagi, katanye dapur dia tak set up lagi. Makanan yang ada ni pun they alls masak kt dapur @ Puri Pujangga then bawak dtg sini. Sebabnya bila tengok menu dia yang gah lagi menarik kat dinding tu macam confirm je semua makanan ada. At last, bila tanya banyak juga makanan yg takde lagi termasuk la sizzling noodle. Finally, I got it today....hehehe... Harap-harap hujung bulan ni semua menu yang ada ni pastikan ada makananye ye....

So, kawan-kawan marilah mari, cuba menjamu selera di Kafe Kolej Keris Mas.....till then....bi bi

Thursday, July 9, 2009

Tak cantik pun boleh jadi cantik

Bertemu lagi kawan2...saja nak share dgn u alls pasal gambar2 ni. Gambar2 ni diambil oleh uncle ku, kalau tak silap masa ni Irfan baru je setahun lebih. Actually my uncle ni seorang pelukis, masa dia muda2 dulu rajin dia buat lukisan potret. Tapi dia tak lah serious sangat dengan aktiviti melukis ni. Cuma bila ada kelapangan dia akan melukis tapi kadang-kadang dia jual jugak hasil kerja dia ni. Sebabnya uncle I ni dulu buat bisnes seni khat. Dia menghasilkan ayat-ayat Al Quran yang dijadikan khat kemudian diframekan utk buat jualan. Siap ada kilang sendiri untuk hasilkan semua ni. Kira lumayan jugak la masa dia buat bisnes ni. Tapi masa kegawatan ekonomi tak lama dulu so bisnes uncle I ni mengalami kerugian. So dia sekarang buat secara kecil-kecilan kat rumah dia.

Orang pandai seni ni ada aje idea dia nak buat something new. Dia buat apa tau....dia akan snap gambar orang dgn digital camera pastu dia edit kat komputer. Muka tak lawa pun boleh jadi lawa, badan gemuk pun boleh kurus beb... Bila dah perfect gambar tu, barulah dia hantar print kat kedai gambar. Then dia framekan pastu dia jual. Ini kira part time bisnes gak la sebab uncle I ni busy dgn seni khat so dia cuma akan snap photo2 family je then kalau ada yang berminat baru dia proses untuk diframekan & dijual.

Ini la gambar hasil kerja uncle I ni. Gambar Irfan dia snap pastu proses itu ini, hasilnya gambar ni. Dah siap di framekan so I beli dari my uncle. Satu lagi plak gambar Irfan & mamanyer....tapi tak payah frame ler sebab pose mama dia tak cun laaa....hehehe...cukup la ada 1 potret Irfan je kat umah tu. Begitu la al-kisahnya.... sehingga di lain ruangan....biiiiii

Monday, July 6, 2009

The Climb

I can almost see it
That dream I'm dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the Climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most
Just gotta keep going
And I, I gotta be strong
Just keep pushing on

Lyric of Miley Cyrus's song.

Ini adalah lirik lagu nyanyian Miley Cyrus yang terbaru. Tajuknye The Climb. Tersentuh hatiku bila dengar lirik lagu ni. Lagu yang memberi semangat untuk teruskan perjuangan hidup walaupun pernah mengharungi segala macam pengalaman dan onak berduri. Hidup harus diteruskan walaupun dipenuhi cabaran, peluang yang diambil adakalanya mungkin akan mematahkan semangat tetapi aku tak akan jatuh. Aku mesti bangkit bak kata 'The Climb'.

Wednesday, July 1, 2009

Friendship Award




Thanks Ida kerana pemberian Friendship Award ni. Sorry lambat respon, faham2 la bila bos ada, nak mengupdate blog pun lembab sikit ler.

Setiap blogger mesti menyatakan 10 AUTA diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya :

1. Aku memang tak suka melawa (mekap saja dah ambik masa 1/2 jam tau)
2. Aku pemandu yang lembab (suka drive fast2 tapi still berhemah)
3. Aku pandai memasak (hehe...bab ni malas sikit, masakan yang remeh temeh tu sorry la ye,
masa kecik2 dulu anak manja la katakan)
4. Aku seorang yg tersangat peramah (pemalu jugak sebenarnye, tengok ocassion la)
5. Maintain slim (kahkahkah...maintain montel ada la)
6. Rajin sangat update blog (sebenarnya bila ada kelapangan masa baru boleh update)
7. Tak suka menyanyi (minat melalak & kaki karaoke sebenarnya)
8. Manjakan anak (garang mama ni, bila anak degil samada cubit atau rotan light2 jer)
9. Rajin bersenam (sebulan sekali pun susah kot..hehe)
10. Tak minat shopping (pantang ada sale, serbu je shopping complex)

Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
(aku pilih 3 aje la)

1. Fadz (mama Irfan Rayyan)
2. Tata, kalau baca blog, silalah ambik award ni ye
3. Nizam, kalau rajin & bila tak busy ye
Ketemu di lain segmen ye...bye bye...

Tuesday, June 30, 2009

Makan Lagi...

Salam....hari ini nak cerita pasal sesi makan tengahari kitaorang satu ofis ni. Boss we alls belanja buffet lunch kat Equatorial Hotel. Citernya bermula bila boss we alls ni dah tender resignation dan last day dia kat ofis ni sampai hujung bulan Julai 2009. Tetiba je bila tengah borak pasal citer dia nak resign ni, dia yang offer nak belanja staf dia lunch. Apa lagi, siap bagi list kat boss untuk pilih hotel mana nak gi lunch, tempat lain tak main laah.... At last, boss pilih Equatorial Hotel Bangi sebab paling dekat dan paling murah...hehehe....ok la tu, sekali makan bukan 2 atau 3 orang tapi 10 orang beb.... berapa la agaknye ye....huhu..


Berkobar-kobar masing2 nak pegi makan, kul 12.00 tghari semua dah siap2 mekap nak keluar ofis dah. Pegawai2 ofis ni la yang jadi driver ke hotel, thanks to Haiqal & Zura. Sampai sana boss we alls dah ada kat Coffee House La Vista namanye sebab dia kebetulan ada meeting dgn FEP/GSB kat hotel sama jugak. However, boss we all makan dengan members of meeting dia la. We got the whole table for ourselves sementara 2 orang lagi belum sampai. Our boss juz join our table to have his dessert and then he got to leave for his meeting there. Dah nak selesai makan, our boss's wife & son came to join us for lunch. They all sampai lambat sikit. Anyway, my boss always bring along his wife to whatever function we have. Bertuah wife dia....

Cuma one of our officer did not turn up. Too bad for him (and good for us...hehe) Dah kenyang makan, sesi bergambar la pulak. Geng2 PHI ni kalau tak bergambar memang tak sah. Saksikanlah gambar2 model PHI nih.....jeng jeng jeng...

Wednesday, June 24, 2009

Durian Punya Pasal

Salam semua! Bila sebut pasal durian, memang tak boleh tahan. Sebab apa, sebab tak tahan nak makan. Al kisahnya baru-baru ni pegi kenduri kahwin cousin, Nadiah kat Muar. Kali ni bertandang di pihak lelaki. We alls saudara mara semua pergi la, konvoi ramai-ramai. Sebelum tu singgah kat Jasin, Melaka, rumah mak mertua one of my cousin. Bestnye, belakang rumah dia ada kebun durian. Sampai je rumah dia, dah penuh selonggok durian menanti we alls kat dapur. Apa lagi, seraaaang laaaa... Walaupun I makan durian tu tak lah banyak sangat, tapi sebabkan cuaca yang teramat panas so air sejuk berais jadi penghilang dahagaku. Esok tu anak tekak ni dah terasa perit. Tup tup....2 hari lepas tu, terus demam ditambah pulak lagi dengan batuk yang ala-ala kering tuh.... 2 hari MC, tak keje. Tu lah, semua ni penangan makan durian tu, masa makan tak sedar diri. Dah sakit, nak salahkan sape...aku jugak.

Esok tu pulak, si kecik Irfan tu pulak demam, jangkit lah tu... Rasanya pecah rekod bulan ni Poliklinik UKM tu asyik tengok muka aku je ulang alik klinik tu. Mana taknye, hari Isnin petang gi ambik ubat dulu, masa tu baru sakit tekak, belum demam lagi kot so ambik ubat je la, tak perlu ambik MC lagi. Esok pagi tu (Selasa) badan dah panas nih so terpaksa la gi klinik semata-mata nak ambik MC pulak dengan harapan esoknye dah boleh baik kot. Nampaknya, tak baik lagi so pegi lah ambik MC lagi untuk hari Rabu. Petang tu, badan Irfan pun dah panas, apa lagi, angkut dia lah pulak gi klinik petang tu. Esok (Khamis), kebetulan I cuti so dengan harapan nak relax kat rumah, tapi sebab Irfan dah sakit kenalah jaga dia. Tapi dah sampai petang tu, suhu badan Irfan tak turun-turun, lagi panas badan dia adalah. Risau jugak budak-budak kecik ni kalau suhu badan dah panas sangat, takut kena tarik (sawan). Sebab dah pernah kena dekat adik I masa dia kecik dulu. So bawaklah dia gi klinik tu balik, check up lagi sebab tak ada perubahan demam dia. Sebelum ni biasanya, 1 hari je dah ok lah sikit. Dah sampai klinik, doktor suspek demam campak la sebab dia nampak 1 spot bintik air kat tangan dia. She said, coz campak tu tak keluar lagi so that is why demam dia tak kebah... The next day, alhamdulillah demam dia dah surut sikit but luckily bukan campak.

Demam dah baik tapi batuk aje yang tak baik-baik nih....dah abis sebotol ubat batuk dah dan berbiji-biji tablet batuk pun dah ditelan...masih macam ni. Rasanye dah seminggu dah batuk ni.... kawan-kawan bagilah petua macamana nak hilangkan batuk.

Ni lah semua aunties, cousins, nieces & nephews. Bila dah berkumpul, pelamin pun dah tak muat bila masa photo session tu....huahuahua


Akhir kata.....biiiiiii

Wednesday, June 10, 2009

Parking oh Parking!!

Salam semua...ni nak berkongsi citer pasal kejadian semalam yang menimpa kereta ku... Dah la dekat ofis ni masalah kekurangan parking, pulak tu pihak pengurusan bangunan ofis we all ni bermurah hati la pulak bagi semua pegawai yang ofisnye beroperasi di bangunan ofis ni lot parking tiap2 seorang. Before this pegawai gred 44 ke atas je yg dpt, sekarang pegawai 41 pun diberi. Bayangkan kalau satu ofis ada 3-4 orang pegawai, tak ke banyak tuuh.. Makin takada la parking kat sini. Kita orang yang bukan pegawai ni kenalah berebut parking. Siapa cepat dia dapat....

Alkisahnya, seperti biasa bila sampai ofis dapatlah parking yg baik punye lokasi. Ingatkan ok lah, dah biasa parking kat area situ (parking back to back). Tup tup...tghari dapat call dari Linda yg baru nk keluar lunch bagitau kereta ku kemek di bahagian depan. So apa lagi, sepantas kilat aku turun tengok. Dia punya kemek tu macam ada benda jatuh kat depan tu tambah lagi dengan kesan calar yang amat ketara sekali. Entah kereta mana yang reverse depan kereta ku terus di sondolnya. Instinct ku mengatakan lori yang punya angkara ni. Before this, Linda kata memang ada lori kecik yang kadang2 parking kat situ. Sekarang ni tengah banyak lori keluar masuk sebab ofc building we all ni tengah renovation.

So mulalah sesi penyiasatan, pergi cari pak guard kat situ, tanya itu, tanya ini. Siap datang tengok kereta lagi. Finally, pak guard pun tak dapat nak tolong sebab tak tau dan tak nampak. Time tu pulak waktu rehat, so pak guard tu pun jaga situ as pengganti je. Hampeh....... At last, sebab tak ada proof kan, so selamat la sape yg punye kerja tuh...

Malang tak berbau kan...dah nak jadi.... Itu lah, kawan2 ofis ku kata ada hikmah di sebalik kejadian ni....nak suruh beli kete baru kot....huhuhu. Apa2 pun, terasa disappointed sikit tu adalah.....so till then.....bye byeeeee......

Thursday, June 4, 2009

Penyakit Malas

Kawan-kawan, berjumpa kita lagi di segmen luahan perasaan. Sebenarnye nak cerita la sikit pasal insiden yang berlaku padaku. Aku stress dan bengang sebenarnye bila bukan keje aku tapi keje tu orang lain punya, kenapa aku yang kena buat. Orang yang sepatutnya punya tanggungjawab buat dono je, not even a thank you. Dah la keje dia aku buat dari minggu lepas, siap bawak balik rumah menyiapkan keje tu pastu di sambung lagi ke minggu ni. Tak buat keje satu pastu got the guts nak tanya aku kenapa keje tu buat camni, camtu, suruh aku inform bos. U pegi bagitau boss sendiri la & lu pikirla sendiri......

Nasib baik la ada kawan-kawan ku di ofis ni yang memahami dan mereka pun terjebak untuk membantu menyiapkan keje orang malas ni. Last-last satu ofis terbabit tapi mamat ni buat selamba je pastu nak blame aku pulak lagi sebab tak settle lagi dan bos besar pun dah minta keje tu disiapkan. Yang bestnye, dia kena sound gak dgn bos besar tapi biasalah style dia, bukan nak buat seperti yg bos suruh, tapi di suruhnye pulak pegawai2 lain buat....tak ke bengang pegawai tu, they all pun jadi mangsa. Hello, its your responsibility so please take whatever work or responsible that is yours.....jgn makan gaji buta je.....geraaaam niii...

As day goes by, I'm sick of him already....cepat2 la berambuuusss...... Dah la.....till next luahan pulak....biiiii

Monday, May 18, 2009

Genting Trip

Recently, me, my mum, brothers & my little ones pegi holiday kat Genting Highland. Kebetulan my mum's birthday so gi celebrate kat sana. Stayed for 1 nite @ First World Hotel. Huhu...last I pegi Genting rasanya masa tu sekolah menengah...bayangkan dah berbelas tahun tak pegi..... but this is the first trip for Irfan. We all pegi weekdays pun macam ramai orang jugak coz there were quite a big groups on holiday sana...mostly groups from India...

We parked our car at Genting Skyview then naik cable car. Suspen jugak but surprising my Irfan behaved himself, dia tak takut & was quiet except for calling out all those adverts on the cable cars that passed by : mama, tu aiskrim (logo aiskrim Walls), tu Ribena....macam2 lagi la.... When we reached the top, had lunch @ Mc Donald & then checked in. Few hours later, we make our ways to outdoor theme park, malangnya nasib hujan pun mula turun....then we proceed to indoor theme park and spend the whole evening there plus semua indoor rides tu we all tried.
Dah kepenatan, went back to our rooms & had dinner in the room....hehe...bawak bekal roti, maggi etc2 from the house, juz bawak as a snack but end up being our dinner....hahaha

On the 2nd day, went to outdoor theme park, guna kupon free (me & bro collected from berita harian). Opening hours kul 11.00 am...sementara nak tunggu, after breakfast we all spend our time at the fun park @ rides with all the games machine. Tak payah nak beli coins banyak2, we just buy a card (macam touch & go la), with a certain amount in it. Nak main game apa2, juz swipe the card. Kalau amount dalam card dah abis, just top up lagi la....fuuh... Finally, at outdoor theme park, juz got to go on a few rides only coz after a small bites @ lunch, hujan pun turun membasahi bumi....macam tak puas lagi nak sambung main so tunggu jap dgn harapan hujan akan berhenti.... At last hujan dah reda, so we allscontinue with the rest of the rides. Hari pun dah lewat petang, so time to leave....till then....hope to see u again Genting Highland.....cheerio......

Sepandai-pandai Tupai Melompat.......

Selalunya pepatah orang2 Melayu, Sepandai-pandai Tupai Melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua....entahlah bila agaknya tupai seekor ni akan jatuh ye..... Tak syok la nak keje bila ada tupai yang berlagak bagus tapi sebenarnya tidak. Cakap tak serupa bikin dan bab-bab menipu pun pandai. Dah beberapa kali terjadi & its all proven tapi macam no point nak buat apa2 pun....

Bengang jugak dibuatnya apalagi bila tupai ini macam tak boleh disentuh sekarang. Dia pasti akan dapat backup punye, nak mengadu ke, nak bagitau ke macam dah tak jalan...... kawan2 ku yang faham aje yang tahu maksudku ini. Iiisssh...bengang betul..... ini disebabkan insiden yang terjadi pagi ini yang telah spoilkan mood monday morning ku.... mungkin dia ingat dia tupai yang bijak, so bila aku tanya soalan, cakap macam berlagak la camtu.......

Oklah, cukup la aku mengomel pasal tupai ni hari ini......sekian

Seminar

Hello friends! Just to share that I've attended a Seminar Setiausaha organised by PSUKM, a club for secretaries in UKM recently at Grand Seasons Hotel, KL. It was a 3 days/2 nites course. To begin with, the launching of this seminar was held started with a seat in dinner. Thanks to our boss who agreed for our office to buy a table of 10 person as a contribution to the event. I was there much earlier in the afternoon as I got to check in to the hotel room. My room partner was Kak Zana, PA to Dean of Engineering Faculty.

Dinner time, we had 1 table to 7 of us as many of our friends were not able to come. Cik Najwa, our ex-officer came as well as our big boss and his beloved wife. The rest who came are my dearest office team (Haiqal, Linda & Ida). Food was great and the entertainer that nite was fun, its Salih Yaacob, one of the well known comedian in town.


Our seminar started with the famous Dato' Dr. Fadzillah Kamsah as the first speaker of the day. He is such a motivator speaker and a very humourous guy. Had the opportunity for a group photo session with him. I like...... Unfortunately, I do not have the photo with me right now, its in printing process.... Once I have it, will put it up in my next edition...

Till the next chapter......byeeee

Tuesday, April 14, 2009

Buah Hati Ku

Salam semua. Kali ni nak share pasal buah hati & pengarang jantungku...my dear Muhammad Irfan...umurnya nak masuk 4 thn bulan Ogos ni. Dah besar & tahun depan dah boleh gi sekolah...terasa umur ni makin tua....Si kecik ni very active & lasaknye.....aduuh.....penat mama dia ni, tapi mama dia tak kurus2 gak....hahaha. Agak-agak rupa sape Irfan ni ye...ada rupa mama dia ke? Entah la....kawan2 tgk la sendiri...tapi ada kawan ku ni cakap Irfan ni ada rupa anak org Bosnia....kahkahkah...

Gelagat si kecik ni....favourite dia makan ice-cream...pantang nampak ice cream....

Babysitter si kecik ni kat rumah ialah my mum. Irfan panggil my mum Tok Ma dan jugak si kecik ni anak buah kesayangan uncle2 dia which are my younger brothers. Yang dia rapat dgn my youngest brother, he called Pak Usu (pic atas ni), sorang lagi my bro no. 4 (Pak Anjang). Gambar Pak Anjang dia takde kat sini. Yg big size tu my 2nd bro (Pak Ngah). Pak Ngah dia stay kat Ipoh, rumah family we alls kat sana. Dia keja kat Ipoh so duduk la sorang2 kat rumah sana. Belum kahwin lagi....ada sape2 nak recommend kan tak...hihi... Mungkin becoz of his size so belum la berjumpa jodohnye lagi.

Sebenarnye, ni first time eksperimen guna gambar Photoscape ni. Tengok geng2 ofis ni dah expert pasal program ni so interested jugak nk belajar. At last, jadi gak. Till then, jumpa lagi di lain episod.

Friday, April 10, 2009

WAKTU REHAT YG HAPPENING

Salam kawan2. Jumpa lagi di blog ku. Dah lama tak update sebenarnya. Pengerusi blog pun dah faham diriku ini busy ler. Ni nak share how I spent my long lunch hour today gi outing dengan adik2 yg bernama Jaja & Tata. They alls ajak me, Linda & Ida gi karaoke @ Music Box @ Metro Point. First time gi sana. Expert dia Linda yang dah beberapa kali gi sana. Tempat dia not bad. Ok lah RM6 seorang for 2 hours. First time gak la nyanyi lagu hindustan Shah Rukh Khan, Rani Mukherjee & Kajol, lagu Kuch Kuch Hota Hai....duet dgn Linda..terbelit-belit lidah...Sayangnye dah pilih 1 lagi lagu hindustan tapi tak sempat nak nyanyi sebab time's up utk kembali ke ofis..

Linda penuh perasaan dgn lagu dangdutnye...


Lambai2 time lagu Isabella...

Experience naik keter Belley Jaja yang dah veteren umurnya tu tak dapat ku lupakan....wooww....rasa cam nak tercabut je rambut ni...lain kali kena sediakan skaf atau topi bila naik keter Jaja lagi...hehe..tapi best & happening la duduk dlm keter tu tambah la dgn Jaja yg drive ala-ala driver F1 Kimi Raikkonen tu...masing2 tak abis2 gelak & menjerit-jerit...apa pun you alls memang geng yang kebabooom.....nanti you alls abis exam kita gi lagi yek...

Keter cute Jaja

Monday, March 30, 2009

SUARA MELAMBANGKAN APA??

Saya teringat salah satu isi kandungan blog Shibam Jelita suatu masa dahulu 'Suara tidak melambangkan rupa atau personaliti seseorang'. Tiba-tiba tercetus pulak idea nak share story pasal topik ni. Sebabnye baru dapat call dari sorang PA kepada Dekan salah satu fakulti kat UKM. Dialog akak ni : si .......... tu kerani ke, umur dia berapa? Sebabnya akak selalu terima call dari dia tanyakan confirmation kehadiran. Muda lagi ke sebab suara dia macam orang tua.....macam nak tak nak kerja aje....macam malas....bayangkan kalau orang luar yang bercakap dengan dia & dengar suara yang macam tu. Akak ni takpela, orang dalam. Inilah dialog akak tu...saya bukan mengada-adakan citer ye..

Dan akak ni bagitau lagi ini bukan first time dia cakap dgn mamat ni tapi dah banyak kali dan beberapa staff lain kat fakulti tu pun ada yang komen seperti akak ni komen. Sebenarnya, si ........ ni sebab dah tak ada kerja so we all bagi lah kerja ni kat dia utk menelefon & confirmkan kehadiran orang yang dijemput ke mesyuarat anjuran ofis we all. Tengok la, bukan attitude kerja je orang tak puas hati, attitude bercakap telefon pun orang boleh bagi komen.....camne nih...tell me, tell me...

Kesimpulannya, dalam kes ni, suara mamat ni seperti yang dikomen akak tu MEMANG melambangkan personaliti orangnye....cuma umur orangnye tak tua lah....kepada si ......... kalau terbaca luahan ku ini, lu fikirla sendiri........

Friday, March 27, 2009

Menyahut Tag Dari Weeda

So sekarang nak jawab tag dari Weeda ye....sorry kalau lambat. Paham2 la kita kan busy...


1.If u can have a dream to come true, what would it be ?
Banyak la dream ni, nak hidup senang, ada family bahagia dan ada lah banyak2 lagi.....


2. What would u do with a billion dollars?
Wow...billion dollars...million dollar pun x pernah terfikir. 1st thing...pergi Slim World dulu kot...haha... Will only think about it if I really have it.

3. How would u see yourself in ten years time ?
A successful businesswoman....a datin maybe..hahaha...

4. What's the first thing u do when u wake up ?
Capai handphone nak tutup alarm

5. Name a friend whose name starts with the letter 'F'
Fad, the nearest & easiest I can think of....jiran ofis

6. Why did u answer & post this ?
Coz my friend tagged & send me this


So, this time nak tag sape la pulak....calon-calonnye adalah...

1. Haiqal
2. Linda
3. Zeera
4. Tata
5. Yam


Jawab ye frenz....jgn x jwb....Biii

Monday, March 23, 2009

KEMUNCULAN VVIP

Cuba teka siapakah yang merasmikan program yang dianjurkan oleh opis we alls yg baru diadakan weekend baru2 ni? VVIP u....actually dia dh confirm nk datang so we alls bagai nk rak siapkan banner la, itu la, ini la, tup tup dia ckp x jadi dtg, cuma dia akan hantar wakil. At last sehari sebelum program, PA dia call bgtau dia nk dtg lak. Nasib baik dah buat preparation awal2. We alls ni expect VVIP ni mesti glamournye dressing dia but eventually hari tu simple jer...orangnye pun down to earth...very humble....nak tau sape.....jeng jeng jeng......






hahahahaha......korang tertipu....ini bukan VVIP tapi mummy yg vogue ni perasan jap kat banner yang ada nama VVIP sebenornye masa event @ DG...tumpang glamer je....tapi hakikatnye terpaksa ku terima kerana nama ni diberi oleh kawanku Shibam, katanye ada iras VVIP yg namanye di banner tu......entahla..pelanduk 2 serupa kot...walaupun dengan hati yg berat terpaksa la aku mengalah dgn panggilan ni....asalkan ko bahagia ye Shibam.....

KERJA DI HUJUNG MINGGU

Selamat kembali bekerja di hari Isnin ini walaupun sabtu & ahad ku terpaksa bekerja memandangkan opis ku ada aktiviti utk student. Kawan2 ku yang rajin & efisyen sanggup turun padang demi bangsa & negara. Mereka sanggup tinggalkan hubby, wife, anak2, boyfren & girlfren masing2 termasuklah aku....cuma ada seorg dua yg dtg dgn muka tak rela..... Walaupun sifu program ni dulu Cik Najwa dah transfer opis, tapi program kali ni di bawah kemudi En. Isaac & Haiqal, semuanye berjln lancar termasuklah mereka berdua ni jadi speaker bidan terjun sbb salah sorang speaker tak turn up. But bestla u alls ni bagi talk. U all bole join venture set up counseling firm. Pegawai baru tu dah dapat microphone, terus tak nak lepas..hihi. Anyway, u guys were great yesterday...Tak lupa gak utk Cik Najwa kita yg sanggup datang, tapi time makan jer (hehe, jgn mare..), dia pun dipaksa utk bagi talk kat student2 tu....Thk u for your effort & help..

Calon-calon anugerah pekerja cemerlang

Dah penat keja, apalagi aktiviti kami ni.....makaaaaan la....bayangkan breakfast, lunch, minum ptg.....mcm mana nk kurus....hehehe...satu lagi, utk menghabiskan masa yg terluang time speaker tgh bagi ceramah, sempat lagi mengupdate blog.

Best team ever....

Banyak lagi aktiviti2 sampingan we alls, so here you are....posing timeeee...

3 dara & mak dara pingitan tersengih-sengih & seekor kumbang sesat.....

Thursday, March 19, 2009

MISSION IMPOSSIBLE

Kenapa berdebar-debar ni?? Sebabnye terdapat satu misi yang harus kulaksanakan. Hanya segelintar sahaja teman2 ku yang tahu. Misi ini akan menentukan nasib seseorang. Ini adalah misi utama. Misi permulaan telah dilakukan semalam, alhamdulillah ada menampakkan tanda-tanda baik.....Aku sebenarnya senasib dengan teman2 ku yg lain, bak kata orang, penantian itu suatu penyeksaan...aduuuh...bilakah penyeksaan ini akan berakhir......adakah tahap kesabaran kami sudah mencapai ke kemuncaknye....kita tunggu apakah kesudahannye..

Akhir kata, semoga misiku ini akan berjalan dengan lancar dan berakhir dengan kejayaan.

Wednesday, March 18, 2009

Award dari Weeda

Thank u Ida dgn pemberian award ni. Sebenarnye tak reti sangat la pasal award2 ni. Semenjak ada free time ni sebab boss tak ada, so bole la belajar2 pasal award2 ni...hehe.


Orang dah bagi award kat kite, kena la kita bagi kat orang lain plak. Hmmm...nak bagi kat sape ha....calon2 nye adalah :
1. Yam
2. Zeera
3. Najwa
4. Normi
5. Fad

Cukup la tu.....Sekian dahulu.....byeeeee

Tuesday, March 17, 2009

Upin dan Ipin, at last

At last, dapat gak gi tengok wayang Upin & Ipin @ The Mines, Serdang. It was a Friday evening outing, after work dgn teman2 seperjuanganku..Linda & Haiqal. Yg lelain tak ikut. Cik Nok Najwa ada emergency last minute, so di excuse kan. Tapi Bunkface tu anti sosial ler....susah nk cakap budak2 muda ni....taste they all lain. Ida plak dah tengok citer ni awal2 lagi. Before tu...pegi mengisi perut dulu. Makan Teppanyaki @ food court. 3 of us ordered from the same stall tapi different2 menu...my order was the best...tempura set. Jealous Shibam tengok tempura udang ku.....nyam nyam. Then baru adjourn to the cinema...jeng jeng jeng....

Posing dgn bunting Upin & Ipin pun jadik....

Set Tempura Seafood

Menyahut Tag Permata Dlm Kehidupan Ku

Since En. Nizam dah men-tag kita...so kena lah take the challenge...naah...ambik ko..

Gambo ni masa gi Kursus Pengurusan Fail & Rekod kat Morib, Banting baru-baru ni. Stay sana 3 hari 2 mlm. Tengah menyantap dinner bersama-sama teman2 sekursus. Makanan dia not bad gak walaupun tak banyak choice.

Thursday, March 12, 2009

PENILAIAN PRESTASI

Tiap-tiap tahun seperti biasa ada penilaian prestasi. So kekawan aku sepejabat bila ex-boss kita dah nilai, masing-masing tertanya-tanya berapa markah prestasi kawan2 dapat. Alhamdulillah..tahun ni markah ku dapat la 90 ke atas...lebih sikit dari last year. Bukan nak berlagak cuma rasa berbaloi la sebab keja bagai nak rak sampai nangis2 pun ada. Ex boss ni walaupun giler2, pasal keja dia betul2 evaluate. Yg tak syoknye, ada pulak org tu yang boleh ku kira apa keja2 dia buat, rasa cam takde je tapi bole dapat markah 80 ke atas. Tak puas hati gak la......zzzzzzzz jap....

Buddy???? Hehehe....panggilan buddy ni dimenangi oleh Teratak Aku last year sebab dia baik dgn ex boss. So dia layak dpt gelaran tu...jgn marah ye. Sekarang ni, sape yg diberi markah tinggi oleh ex-boss, secara percuma org tu dapat gelaran 'buddy' ni dan Teratak Aku & Shibam telah memindahkan gelaran 'Buddy' tu kepada beberapa orang yg dapat markah tinggi termasuk la aku......tapi rasanye the best person yang patut menyandang gelaran ni ialah Kak Wok kita....hehe..jgn mare haaaa...

Tuesday, March 3, 2009

AKTIVITI AHAD 2

Satu hari punye aktiviti terus bersambung. Kul 1.00 tghari sesi berkaraoke @ Green Box. Kami bertujuh dengan penuh excited masuk. Seperti biasa, Haiqal yg mulakan vokal practice dia. Pastu yang lain-lain berebut-rebut nak pilih lagu. Tapi queen karaoke aritu ialah Cik Zeera & kakaknye, lagu rock jadi pilihan, mic pun dia berdua control......hehehe. Kasi chance la kakak2 ni

nak nyanyi plak.

Adegan di bilik karaoke. Best tul sampai kul 4 ptg melalak....sampai nak pilih lagu pun dah tak masuk....list dah penuh...hahaha...semua nak nyanyi...

Selesai melalak, adjourn ke Johnny's plak. Baru nak lunch...lapar. Di Green Box, makan snack je. We had Thai style steamboat...sedaaaap......

Overall, memang happening la, cuma bab tak dapat tiket wayang tu je yang tak best....had fun with you all frenz....

AKTIVITI AHAD 1

Ahad baru-baru ni, plan punye baik, kira farewell for Najwa la ni, terbuka untuk geng-geng giler seperti we all. Nak gi tengok wayang Upin & Ipin, gi karaoke, makan2 & jalan-jalan @ Cheras Selatan Shopping Mall. Kami berempat yang rajin ni sanggup sampai sana seawal jam 10.00 pagi dengan harapan tiket wayang Upin & Ipin dah dibeli oleh rakan kami yang baik hati offer nak pegi beli tiket tapi dia tak muncul2. So we all rush ke TGV dgn harapan ada tiket. Hancurnya hati....bila tiket dah habis. Frustnye.... Dengan perut yang lapar sebab belum breakfast so kami menuju ke McDonald.


Haiqal, Linda, Ida & Me.....Breakfast @ Mc Donald


Teruk kawan-kawan ku kerjakan sahabat yang sorang ni yg sepatutnya belikan tiket wayang untuk we all tapi hampeh....bengang..bengang nih...
Sementara menunggu pukul 1.00 untuk berkaraoke sebab bilik dah full, so we all bergerak ke Jusco untuk menjamu mata. Sempatlah ku meronda satu Jusco pastu tawaf satu shopping mall pulak.

Terubat jugak hati sebab dapat posing dgn Upin & Ipin...hihi..walaupun tak dapat nonton citernye.

FAREWELL NAJWA

27 Feb 2009, hari terakhir Cik Najwa, Penolong Pendaftar Kanan di PHI berkhidmat. Dia ditukarkan ke Jab. Pendaftar. Sedihnye kehilangan seorang pegawai yg berdedikasi. Dah setahun bekerja dgn Najwa, its not easy to find a staff who's knowledgeble & hardworking as she is. We're gonna miss u Najwa. So apa lagi, jamuan perpisahan utk Najwa diaturkan. Kaum kerabat PHUM & PYC dijemput juga. Makan apa....nasi beriyani....

Cik Najwa memotong kek kegemarannye. Kek dipilih oleh kumbang PHI, En. Norrizal tapi wording atas kek tu salah eja (Tank You, Najwa).....

Hadiah farewell disampaikan oleh Pengarah PHI. Harap2 Cik Najwa suka pemberian we all ye

DINNER UNIKEB

Last Friday, Koperasi Unikeb organise jamuan mkn mlm 35 tahun. Bos suruh PHI beli 1 meja as sumbangan mkn malam. So we all satu office beramai-ramai pergi la. Ijal yang anti sosial & Isaac tak pegi so extend invitation to PHUM & PYC. Tuan Syed & Farah hadir. Its at Dewan Puspanitapuri De' Seri Endon @ Presint 10, Putrajaya. Nice place. Makan nasi beriyani lagi....baru je makan during farewell najwa @ lunch time. Malam tu MC program Ahmad Fetri Yahya from TV3.

Makan-makan yang kena control ayu. Tak boleh makan lebih2.....


With my boss beloved wife, Pn. Puteh namanye. Nice person!

Tuesday, February 24, 2009

MAJLIS SILATURAHIM 2

Slide Presentation...mengenali keturunan Tok Talib & Opah Tekah
Sejarahnya, Tok Talib & Opah Tekah ada 6 orang anak. Arwah Mohd Hashim anak yg ke2 & juga arwah atuk ku, orang Kota Bharu di Perak (bukan di Kelantan). Dlm slide (gambar ke2 di bwh, orangnya bersongkok hitam. Sayangnya tak dapat mengenali atuk lebih dekat lagi sebab dia meninggal dunia dlm tahun 1950an.


The PURPLE FAMILY....keluarga tercinta

(top l-r : Ijai [adik], Nawi [sis in law], Safwan [adik], Sheila [sis in law], Amy [adik])
(bottom l-r: Fadil [adik], mama, me, Irfan[my boy], Iman, Aishah, Hidayah [niece & nephew])

Yang bersaiz besar tu ikut my father's gen (termasuklah diriku) & adik2 yg kurus & tinggi tu ikut my mum's gen

Overall, all of us had fun at this gathering. Makan pun puas hati, banyak selection, ada door gift lagi. Hopefully ada lagi nanti...huhuhu

MAJLIS SILATURAHIM 1

22 Feb. 2009, hari ini dlm sejarah apabila generasi Tok Talib & Opah Tekah telah bertemu dalam Majlis Silaturahim diadakan di Pusat Komuniti, Bukit Damansara. Tok Talib & Opah Tekah is my late great grandparents. Dia adalah saudara pupu generasi ke 14 keturunan Sayid Hussain Al-Fradz dari Perak. Asalnya Sayid Hussain ni adalah guru agama Islam kpd Sultan Perak pertama, Sultan Muzaffar Shah. Arwah bapaku adalah cucu Tok Talib & aku adalah cicit mereka. Warna ungu adalah tema family we all sebelah Mohd Hashim (arwah atuk). Majlis ini adalah yang pertama diaturkan selepas 6 generasi. Tetamu yang hadir dalam 500 orang. Semua saudara-mara yg tak pernah jumpa dan tak kenal, di sini lah semua beramah-mesra.


Tetamu VIP...yang di depan berbaju purple & tudung kuning itulah mamaku..


My uncle, Ayah Lah diberi penghormatan pukul gong tanda merasmikan majlis ini sebab dia paling senior dari segi umur di antara cucu2 Tok Talib. He's 82 yrs old.