CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones

Tuesday, June 30, 2009

Makan Lagi...

Salam....hari ini nak cerita pasal sesi makan tengahari kitaorang satu ofis ni. Boss we alls belanja buffet lunch kat Equatorial Hotel. Citernya bermula bila boss we alls ni dah tender resignation dan last day dia kat ofis ni sampai hujung bulan Julai 2009. Tetiba je bila tengah borak pasal citer dia nak resign ni, dia yang offer nak belanja staf dia lunch. Apa lagi, siap bagi list kat boss untuk pilih hotel mana nak gi lunch, tempat lain tak main laah.... At last, boss pilih Equatorial Hotel Bangi sebab paling dekat dan paling murah...hehehe....ok la tu, sekali makan bukan 2 atau 3 orang tapi 10 orang beb.... berapa la agaknye ye....huhu..


Berkobar-kobar masing2 nak pegi makan, kul 12.00 tghari semua dah siap2 mekap nak keluar ofis dah. Pegawai2 ofis ni la yang jadi driver ke hotel, thanks to Haiqal & Zura. Sampai sana boss we alls dah ada kat Coffee House La Vista namanye sebab dia kebetulan ada meeting dgn FEP/GSB kat hotel sama jugak. However, boss we all makan dengan members of meeting dia la. We got the whole table for ourselves sementara 2 orang lagi belum sampai. Our boss juz join our table to have his dessert and then he got to leave for his meeting there. Dah nak selesai makan, our boss's wife & son came to join us for lunch. They all sampai lambat sikit. Anyway, my boss always bring along his wife to whatever function we have. Bertuah wife dia....

Cuma one of our officer did not turn up. Too bad for him (and good for us...hehe) Dah kenyang makan, sesi bergambar la pulak. Geng2 PHI ni kalau tak bergambar memang tak sah. Saksikanlah gambar2 model PHI nih.....jeng jeng jeng...

Wednesday, June 24, 2009

Durian Punya Pasal

Salam semua! Bila sebut pasal durian, memang tak boleh tahan. Sebab apa, sebab tak tahan nak makan. Al kisahnya baru-baru ni pegi kenduri kahwin cousin, Nadiah kat Muar. Kali ni bertandang di pihak lelaki. We alls saudara mara semua pergi la, konvoi ramai-ramai. Sebelum tu singgah kat Jasin, Melaka, rumah mak mertua one of my cousin. Bestnye, belakang rumah dia ada kebun durian. Sampai je rumah dia, dah penuh selonggok durian menanti we alls kat dapur. Apa lagi, seraaaang laaaa... Walaupun I makan durian tu tak lah banyak sangat, tapi sebabkan cuaca yang teramat panas so air sejuk berais jadi penghilang dahagaku. Esok tu anak tekak ni dah terasa perit. Tup tup....2 hari lepas tu, terus demam ditambah pulak lagi dengan batuk yang ala-ala kering tuh.... 2 hari MC, tak keje. Tu lah, semua ni penangan makan durian tu, masa makan tak sedar diri. Dah sakit, nak salahkan sape...aku jugak.

Esok tu pulak, si kecik Irfan tu pulak demam, jangkit lah tu... Rasanya pecah rekod bulan ni Poliklinik UKM tu asyik tengok muka aku je ulang alik klinik tu. Mana taknye, hari Isnin petang gi ambik ubat dulu, masa tu baru sakit tekak, belum demam lagi kot so ambik ubat je la, tak perlu ambik MC lagi. Esok pagi tu (Selasa) badan dah panas nih so terpaksa la gi klinik semata-mata nak ambik MC pulak dengan harapan esoknye dah boleh baik kot. Nampaknya, tak baik lagi so pegi lah ambik MC lagi untuk hari Rabu. Petang tu, badan Irfan pun dah panas, apa lagi, angkut dia lah pulak gi klinik petang tu. Esok (Khamis), kebetulan I cuti so dengan harapan nak relax kat rumah, tapi sebab Irfan dah sakit kenalah jaga dia. Tapi dah sampai petang tu, suhu badan Irfan tak turun-turun, lagi panas badan dia adalah. Risau jugak budak-budak kecik ni kalau suhu badan dah panas sangat, takut kena tarik (sawan). Sebab dah pernah kena dekat adik I masa dia kecik dulu. So bawaklah dia gi klinik tu balik, check up lagi sebab tak ada perubahan demam dia. Sebelum ni biasanya, 1 hari je dah ok lah sikit. Dah sampai klinik, doktor suspek demam campak la sebab dia nampak 1 spot bintik air kat tangan dia. She said, coz campak tu tak keluar lagi so that is why demam dia tak kebah... The next day, alhamdulillah demam dia dah surut sikit but luckily bukan campak.

Demam dah baik tapi batuk aje yang tak baik-baik nih....dah abis sebotol ubat batuk dah dan berbiji-biji tablet batuk pun dah ditelan...masih macam ni. Rasanye dah seminggu dah batuk ni.... kawan-kawan bagilah petua macamana nak hilangkan batuk.

Ni lah semua aunties, cousins, nieces & nephews. Bila dah berkumpul, pelamin pun dah tak muat bila masa photo session tu....huahuahua


Akhir kata.....biiiiiii

Wednesday, June 10, 2009

Parking oh Parking!!

Salam semua...ni nak berkongsi citer pasal kejadian semalam yang menimpa kereta ku... Dah la dekat ofis ni masalah kekurangan parking, pulak tu pihak pengurusan bangunan ofis we all ni bermurah hati la pulak bagi semua pegawai yang ofisnye beroperasi di bangunan ofis ni lot parking tiap2 seorang. Before this pegawai gred 44 ke atas je yg dpt, sekarang pegawai 41 pun diberi. Bayangkan kalau satu ofis ada 3-4 orang pegawai, tak ke banyak tuuh.. Makin takada la parking kat sini. Kita orang yang bukan pegawai ni kenalah berebut parking. Siapa cepat dia dapat....

Alkisahnya, seperti biasa bila sampai ofis dapatlah parking yg baik punye lokasi. Ingatkan ok lah, dah biasa parking kat area situ (parking back to back). Tup tup...tghari dapat call dari Linda yg baru nk keluar lunch bagitau kereta ku kemek di bahagian depan. So apa lagi, sepantas kilat aku turun tengok. Dia punya kemek tu macam ada benda jatuh kat depan tu tambah lagi dengan kesan calar yang amat ketara sekali. Entah kereta mana yang reverse depan kereta ku terus di sondolnya. Instinct ku mengatakan lori yang punya angkara ni. Before this, Linda kata memang ada lori kecik yang kadang2 parking kat situ. Sekarang ni tengah banyak lori keluar masuk sebab ofc building we all ni tengah renovation.

So mulalah sesi penyiasatan, pergi cari pak guard kat situ, tanya itu, tanya ini. Siap datang tengok kereta lagi. Finally, pak guard pun tak dapat nak tolong sebab tak tau dan tak nampak. Time tu pulak waktu rehat, so pak guard tu pun jaga situ as pengganti je. Hampeh....... At last, sebab tak ada proof kan, so selamat la sape yg punye kerja tuh...

Malang tak berbau kan...dah nak jadi.... Itu lah, kawan2 ofis ku kata ada hikmah di sebalik kejadian ni....nak suruh beli kete baru kot....huhuhu. Apa2 pun, terasa disappointed sikit tu adalah.....so till then.....bye byeeeee......

Thursday, June 4, 2009

Penyakit Malas

Kawan-kawan, berjumpa kita lagi di segmen luahan perasaan. Sebenarnye nak cerita la sikit pasal insiden yang berlaku padaku. Aku stress dan bengang sebenarnye bila bukan keje aku tapi keje tu orang lain punya, kenapa aku yang kena buat. Orang yang sepatutnya punya tanggungjawab buat dono je, not even a thank you. Dah la keje dia aku buat dari minggu lepas, siap bawak balik rumah menyiapkan keje tu pastu di sambung lagi ke minggu ni. Tak buat keje satu pastu got the guts nak tanya aku kenapa keje tu buat camni, camtu, suruh aku inform bos. U pegi bagitau boss sendiri la & lu pikirla sendiri......

Nasib baik la ada kawan-kawan ku di ofis ni yang memahami dan mereka pun terjebak untuk membantu menyiapkan keje orang malas ni. Last-last satu ofis terbabit tapi mamat ni buat selamba je pastu nak blame aku pulak lagi sebab tak settle lagi dan bos besar pun dah minta keje tu disiapkan. Yang bestnye, dia kena sound gak dgn bos besar tapi biasalah style dia, bukan nak buat seperti yg bos suruh, tapi di suruhnye pulak pegawai2 lain buat....tak ke bengang pegawai tu, they all pun jadi mangsa. Hello, its your responsibility so please take whatever work or responsible that is yours.....jgn makan gaji buta je.....geraaaam niii...

As day goes by, I'm sick of him already....cepat2 la berambuuusss...... Dah la.....till next luahan pulak....biiiii