CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones

Wednesday, June 24, 2009

Durian Punya Pasal

Salam semua! Bila sebut pasal durian, memang tak boleh tahan. Sebab apa, sebab tak tahan nak makan. Al kisahnya baru-baru ni pegi kenduri kahwin cousin, Nadiah kat Muar. Kali ni bertandang di pihak lelaki. We alls saudara mara semua pergi la, konvoi ramai-ramai. Sebelum tu singgah kat Jasin, Melaka, rumah mak mertua one of my cousin. Bestnye, belakang rumah dia ada kebun durian. Sampai je rumah dia, dah penuh selonggok durian menanti we alls kat dapur. Apa lagi, seraaaang laaaa... Walaupun I makan durian tu tak lah banyak sangat, tapi sebabkan cuaca yang teramat panas so air sejuk berais jadi penghilang dahagaku. Esok tu anak tekak ni dah terasa perit. Tup tup....2 hari lepas tu, terus demam ditambah pulak lagi dengan batuk yang ala-ala kering tuh.... 2 hari MC, tak keje. Tu lah, semua ni penangan makan durian tu, masa makan tak sedar diri. Dah sakit, nak salahkan sape...aku jugak.

Esok tu pulak, si kecik Irfan tu pulak demam, jangkit lah tu... Rasanya pecah rekod bulan ni Poliklinik UKM tu asyik tengok muka aku je ulang alik klinik tu. Mana taknye, hari Isnin petang gi ambik ubat dulu, masa tu baru sakit tekak, belum demam lagi kot so ambik ubat je la, tak perlu ambik MC lagi. Esok pagi tu (Selasa) badan dah panas nih so terpaksa la gi klinik semata-mata nak ambik MC pulak dengan harapan esoknye dah boleh baik kot. Nampaknya, tak baik lagi so pegi lah ambik MC lagi untuk hari Rabu. Petang tu, badan Irfan pun dah panas, apa lagi, angkut dia lah pulak gi klinik petang tu. Esok (Khamis), kebetulan I cuti so dengan harapan nak relax kat rumah, tapi sebab Irfan dah sakit kenalah jaga dia. Tapi dah sampai petang tu, suhu badan Irfan tak turun-turun, lagi panas badan dia adalah. Risau jugak budak-budak kecik ni kalau suhu badan dah panas sangat, takut kena tarik (sawan). Sebab dah pernah kena dekat adik I masa dia kecik dulu. So bawaklah dia gi klinik tu balik, check up lagi sebab tak ada perubahan demam dia. Sebelum ni biasanya, 1 hari je dah ok lah sikit. Dah sampai klinik, doktor suspek demam campak la sebab dia nampak 1 spot bintik air kat tangan dia. She said, coz campak tu tak keluar lagi so that is why demam dia tak kebah... The next day, alhamdulillah demam dia dah surut sikit but luckily bukan campak.

Demam dah baik tapi batuk aje yang tak baik-baik nih....dah abis sebotol ubat batuk dah dan berbiji-biji tablet batuk pun dah ditelan...masih macam ni. Rasanye dah seminggu dah batuk ni.... kawan-kawan bagilah petua macamana nak hilangkan batuk.

Ni lah semua aunties, cousins, nieces & nephews. Bila dah berkumpul, pelamin pun dah tak muat bila masa photo session tu....huahuahua


Akhir kata.....biiiiiii

2 comments:

weeda said...

Ooo makan durian patut la batuk tak baik2...kesian Kak Su..dah berapa hari dengar kak su batuk2..memang musim sekrng ni kan..family Ida sumer da demam..Ida baru nak demam huhuhu

Sue Vogue said...

a ah la Ida..musim kot...cepat2 la makan ubat Ida nanti jangkit dgn k.su susah lak..Prof T pun dah jangkit batuk..hihihi