Bertemu lagi kawan2...saja nak share dgn u alls pasal gambar2 ni. Gambar2 ni diambil oleh uncle ku, kalau tak silap masa ni Irfan baru je setahun lebih. Actually my uncle ni seorang pelukis, masa dia muda2 dulu rajin dia buat lukisan potret. Tapi dia tak lah serious sangat dengan aktiviti melukis ni. Cuma bila ada kelapangan dia akan melukis tapi kadang-kadang dia jual jugak hasil kerja dia ni. Sebabnya uncle I ni dulu buat bisnes seni khat. Dia menghasilkan ayat-ayat Al Quran yang dijadikan khat kemudian diframekan utk buat jualan. Siap ada kilang sendiri untuk hasilkan semua ni. Kira lumayan jugak la masa dia buat bisnes ni. Tapi masa kegawatan ekonomi tak lama dulu so bisnes uncle I ni mengalami kerugian. So dia sekarang buat secara kecil-kecilan kat rumah dia.









