CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones

Monday, July 20, 2009

Terkena

Hahahaha....bila terfikirkan balik pasal insiden yang nak diciterkan ni, rasa marah pun ada, kelakar pun ada.

Citernya terjadi semalam di Alamanda, Putrajaya. My mum nak pegi Carrefour so bawaklah dia dan si kecik Irfan tu. Bila nak balik, seperti biasa naik eskalator bergerak yang boleh tolak troli sekali tu sebab parking kat level 5. So bila dah naik eskalator tu, adalah family India kat depan we alls. Husband dia tolak troli yang sarat kat depan I, wife nye dan 2 orang anak keciknya kat depan dia. Tetiba eskalator tu berhenti la pulak. Pandang depan, pandang belakang, what happen. Rupa-rupanya salah sorang anak couple India yang di depan tu dah tekan button stop kat tepi eskalator tu. Nak kata Irfan tekan tak mungkin sebab we alls betul-betul kat tengah2 eskalator tu. Button tu ada kat hujung atas or hujung bawah eskalator. Mamat India ni macam blur2 pulak, dah la anak dia yang tekan button tu. Dia boleh suruh I pegi tekan balik button on. Mana ada button onn brother .... eskalator ni akan jalan bila security masukkan kunci. I pulak yang kena bagitau dia suruh gi cari security guard untuk hidupkan eskalator tu balik. Macamanana I tau ye, sebabnye pernah terkena pada diri sendiri sebab Irfan pun pernah tekan button stop tu...kah kah kah...malu beb....kelam kabut gi cari security guard. Ingatkan Irfan sorang je yang buat, rupanya ada jugak anak orang lain buat....hehehe. At last, tunggu security guard datang dekat 5 minit jugak la... sabar je la..

Sebenarnya, button stop kat eskalator tu memang menarik perhatian especially to small kids. Bila security guard datang nak onn eskalator tu, I siap bagitau dia pastikan semua button stop kat eskalator tu ada cover ye. Tak semua button stop kat situ ada cover, sesetengah tak ada, itu sebabnya senang nak tekan, budak2 suka la.

Kepada yang bawak anak-anak kecik tu, berhati-hati la bila naik eskalator tu.....

Hormat Menghormati

Salam semua. Kali ni nak berkongsi citer yang ku lihat di televisyen baru-baru ini. Mungkin kawan2 pun ada pernah tengok citer ni, tapi dia bukan cerita drama cuma iklan pendek mengenai masyarakat sekarang. Alkisahnya, sorang lelaki ni tengah memandu tetiba terlanggar sorang pakcik ni yang sedang berbasikal. Nasib baik dia cuma langgar sikit je, kira terlanggar belah tepi je dan pakcik ni pun terus la jatuh tergolek. Mamat yang langgar ni bukannya nak turun tolong tapi siap marah lagi pakcik tu. Lepas tu dia terus blah dari situ. Nasib la ada sorang hamba allah datang tolong angkat pakcik tu.


So next scene dlm citer tu, mamat ni pegi rumah awek dia. Awek dia yg cantik manis tu hidangkan air kat mamat ni happens to be her boyfriend. Kebetulan bapak awek dia pun balik rumah. So awek dia pun bangun pegi sambut bapak dia kat pintu yang terhencot-hencot jalan dgn kaki yang berdarah. Alamak...ni lah pakcik yang mamat tu terlanggar tadi. Terkejut mamat tu, rupa-rupanya bakal bapak mertua dia adalah pakcik yang dia langgar tadi dan tinggalkan je kat tepi jalan. Dengan malunya, dia pun bangun dan terus meminta maaf kat pakcik tu. Itulah citernye....The End..

Sebenarnya moral citer ni mengajar kita supaya menghormati orang tua tak kira di mana dan dalam apa kes sekali pun. Sesungguhnya hormat menghormati adalah satu amalan yang mulia dan kebaikannya akan sentiasa dikenang. So ingat-ingatlah ye.....

Monday, July 13, 2009

Kafe Baru

Alhamdulillah....baru lepas makan lunch kat kafe baru di bangunan ofis ni. Dah 2 minggu kafe ni buka, at last dapat jugak hari ni makan sizzling noodle yang di tunggu-tunggu. Citernya macam ni, first day kafe ni operate, tujuannya nak pegi beli kuih untuk buka puasa so pegi la dgn Ida. Bila terpandang ada menu sizzling noodle, terus terpahat dalam hati, ok esok aku nk makan sizzling noodle lah. Terus ajak Ida, jom kita try lunch kat kafe bawah esok. Next day, dgn excitednya nk makan sizzling noodle for lunch tapi takde la plak, katanya dapur tak siap lagi. So makan nasi campur je la.

Kafe baru ni di bawah pentadbiran Puri Pujangga, set up tempat dia not bad. Kira much much better dari kafe yang dulu. Tengok menu dia banyak choice, ada nasi ayam, mee rebus, mee kari & bermacam mee lagi, ada sizzling noodle, claypot pun ada, nasi campur, tomyam & beberapa jenis sup (macam nak promote la plak). Price pun boleh tahan la.

Yang tak best nye, bila kafe ni baru start business 2 minggu lepas, banyak makanan tak ada lagi, katanye dapur dia tak set up lagi. Makanan yang ada ni pun they alls masak kt dapur @ Puri Pujangga then bawak dtg sini. Sebabnya bila tengok menu dia yang gah lagi menarik kat dinding tu macam confirm je semua makanan ada. At last, bila tanya banyak juga makanan yg takde lagi termasuk la sizzling noodle. Finally, I got it today....hehehe... Harap-harap hujung bulan ni semua menu yang ada ni pastikan ada makananye ye....

So, kawan-kawan marilah mari, cuba menjamu selera di Kafe Kolej Keris Mas.....till then....bi bi

Thursday, July 9, 2009

Tak cantik pun boleh jadi cantik

Bertemu lagi kawan2...saja nak share dgn u alls pasal gambar2 ni. Gambar2 ni diambil oleh uncle ku, kalau tak silap masa ni Irfan baru je setahun lebih. Actually my uncle ni seorang pelukis, masa dia muda2 dulu rajin dia buat lukisan potret. Tapi dia tak lah serious sangat dengan aktiviti melukis ni. Cuma bila ada kelapangan dia akan melukis tapi kadang-kadang dia jual jugak hasil kerja dia ni. Sebabnya uncle I ni dulu buat bisnes seni khat. Dia menghasilkan ayat-ayat Al Quran yang dijadikan khat kemudian diframekan utk buat jualan. Siap ada kilang sendiri untuk hasilkan semua ni. Kira lumayan jugak la masa dia buat bisnes ni. Tapi masa kegawatan ekonomi tak lama dulu so bisnes uncle I ni mengalami kerugian. So dia sekarang buat secara kecil-kecilan kat rumah dia.

Orang pandai seni ni ada aje idea dia nak buat something new. Dia buat apa tau....dia akan snap gambar orang dgn digital camera pastu dia edit kat komputer. Muka tak lawa pun boleh jadi lawa, badan gemuk pun boleh kurus beb... Bila dah perfect gambar tu, barulah dia hantar print kat kedai gambar. Then dia framekan pastu dia jual. Ini kira part time bisnes gak la sebab uncle I ni busy dgn seni khat so dia cuma akan snap photo2 family je then kalau ada yang berminat baru dia proses untuk diframekan & dijual.

Ini la gambar hasil kerja uncle I ni. Gambar Irfan dia snap pastu proses itu ini, hasilnya gambar ni. Dah siap di framekan so I beli dari my uncle. Satu lagi plak gambar Irfan & mamanyer....tapi tak payah frame ler sebab pose mama dia tak cun laaa....hehehe...cukup la ada 1 potret Irfan je kat umah tu. Begitu la al-kisahnya.... sehingga di lain ruangan....biiiiii

Monday, July 6, 2009

The Climb

I can almost see it
That dream I'm dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the Climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most
Just gotta keep going
And I, I gotta be strong
Just keep pushing on

Lyric of Miley Cyrus's song.

Ini adalah lirik lagu nyanyian Miley Cyrus yang terbaru. Tajuknye The Climb. Tersentuh hatiku bila dengar lirik lagu ni. Lagu yang memberi semangat untuk teruskan perjuangan hidup walaupun pernah mengharungi segala macam pengalaman dan onak berduri. Hidup harus diteruskan walaupun dipenuhi cabaran, peluang yang diambil adakalanya mungkin akan mematahkan semangat tetapi aku tak akan jatuh. Aku mesti bangkit bak kata 'The Climb'.

Wednesday, July 1, 2009

Friendship Award




Thanks Ida kerana pemberian Friendship Award ni. Sorry lambat respon, faham2 la bila bos ada, nak mengupdate blog pun lembab sikit ler.

Setiap blogger mesti menyatakan 10 AUTA diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya :

1. Aku memang tak suka melawa (mekap saja dah ambik masa 1/2 jam tau)
2. Aku pemandu yang lembab (suka drive fast2 tapi still berhemah)
3. Aku pandai memasak (hehe...bab ni malas sikit, masakan yang remeh temeh tu sorry la ye,
masa kecik2 dulu anak manja la katakan)
4. Aku seorang yg tersangat peramah (pemalu jugak sebenarnye, tengok ocassion la)
5. Maintain slim (kahkahkah...maintain montel ada la)
6. Rajin sangat update blog (sebenarnya bila ada kelapangan masa baru boleh update)
7. Tak suka menyanyi (minat melalak & kaki karaoke sebenarnya)
8. Manjakan anak (garang mama ni, bila anak degil samada cubit atau rotan light2 jer)
9. Rajin bersenam (sebulan sekali pun susah kot..hehe)
10. Tak minat shopping (pantang ada sale, serbu je shopping complex)

Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
(aku pilih 3 aje la)

1. Fadz (mama Irfan Rayyan)
2. Tata, kalau baca blog, silalah ambik award ni ye
3. Nizam, kalau rajin & bila tak busy ye
Ketemu di lain segmen ye...bye bye...